Pada 16 Jun 2017 (Khamis) bersamaan 20 Ramadhan 1438H, Unit Agama Islam dan Unit Pemulihan Penjara Kajang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni yang diadakan di Surau At-Taqwa. Pengisian majlis dimulakan dengan khatam Al-Quran, tazkirah oleh Ustaz Affendi, berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara Kajang iaitu PKK Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din, Ketua Bahagian Pemulihan,Ketua Unit Agama dan pegawai kanan. Seramai 252 penghuni terlibat dengan program yang bertujuan mengimarahkan lagi sambutan Ramadan dikalangan penghuni.
""